Feeds:
Pos
Komentar

Archive for the ‘Tokoh-Tokoh’ Category

impppages1Pendiri Hizbut Tahrir
Sebelum membicarakan tentang sejarah hidup beliau, perlu difahami bahawa tulisan ini sama sekali tidak dimaksudkan untuk mengagungkan atau mensucikan beliau, kerana tidak ada seorang pun yang boleh diagungkan dan disucikan melainkan Allah SWT. Ia juga tidak didasari oleh sikap fanatisme kelompok, kerana fanatisme kelompok jelas telah diharamkan Allah SWT.

Tulisan mengenai biografi beliau ini juga bukan untuk menumbuhkan sikap bahawa semua yang berasal dari beliau adalah pasti benar, kerana beliau adalah manusia biasa, yang ada kemungkinan benar dan salah, kerana beliau bukan nabi/rasul yang ma’sum.

Namun demikian, bukanlah satu sikap yang bijaksana jika hanya kerana kebencian sesetengah pihak terhadap Hizbut Tahrir (HT) atau terhadap Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, hal ini justeru mendorong mereka untuk bersikap prejudis, bahkan memfitnah dan serta-merta menolak setiap pemikiran yang dibawa oleh beliau. Dalam hal ini, alangkah baiknya jika kita mengingati dan mengamalkan pesan Saidina Ali bin Abi Thalib iaitu: (lebih…)

Read Full Post »

Ulugh Beg mungkin satu-satunya ilmuwan Islam yang pernah menjadi kepala negara di suatu daerah di Khurasan. Pada masa pemerintahannya, ia tidak hanya tertarik dan melakukan penelitian dan pengembangan dalam bidang astronomi dan metematika, tetapi juga mendorong perkembangan ilmu pengetahuan secara umum. Tidak hanya memberi perhatian secara formal, tetapi juga dengan menyediakan fasilitas, sarana dan prasarana fisik. Beliau dilahirkan di Soltamiya pada tahun 1394 dan meninggal pada tahun 1449 di samarkand, Uzbekistan. (lebih…)

Read Full Post »

Contoh saintis dan teknolog yang dapat dijadikan teladan adalah Mimar Shinan dari Turki. Beliau adalah juga seorang wali. Beliau dilahirkan di Anatolia pada tanggal 15 April 1489 dan meninggal dunia di Istambul pada 17 Juli 1588 dalam usia 99 tahun. Ia dilahirkan sebagai seorang kristian dari pada keturunan Yunani atau Armenia. Pada tahu 1511 beliau masuk Islam dan belajar di sekolah di istana Sultan di bawah bimbingan Ibrahim Pasa. Di situlah dia diberi nama Islam Sinan. Beliau menjadi ‘chief architect’ dalam pemerintahan 4 (empat) sultan Usmaniah yaitu Sultan Salim I, Sultan Sulaiman II, Sultan Salim III dan Sultan Murad III. Beliau juga dikenal dan diakui sebagai insinyur pakar gempa pertama di dunia. Hasil karyanya yang paling terkenal adalah Kompleks masjid Sulaiman di Istambul, walaupun yang paling dia banggakan adalah masjid Salim di Edirne yang dibangunnya pada tahun 1550 dan selesai pada tahun 1557. (lebih…)

Read Full Post »

Namanya adalah Abd Al-Rahmaan Ibn Abu Bakr Ibn Muhammad Ibn Saabiq Al-Khudairee Al-Suyuti dan gelarannya adalah Imam Suyuti. As Suyoot adalah satu tempat di Mesir di mana ayahnya dilahirkan dan salah seorang datuknya membuka sekolah atau madrasah di sana. Imam Suyuti lahir pada tahun 849H bersamaan dengan 1445 M di Cairo Mesir dan meninggal pada 911H pada umur 52 tahun. Beliau dibesarkan sebagai anak yatim, karena ayahnya meninggal ketika umurnya 5 tahun. Dia sudah menghapal Al Qur’an pada umur 8 tahun. Dia belajar ilmu lebih dari 150 orang syeikh yang memberi dia ijazah atau autorisasi untuk mensyarahkan dan mengajar ilmu-ilmu guru-gurunya. Umurnya juga pendek hanya 52 tahun. (lebih…)

Read Full Post »

Beliau adalah diantara ulama besar termuda yang meninggal sewaktu berumur 30-an tahun. Beliau tidak sempat berumahtangga tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya, sekitar 600 kitab. Diantara yang terkenal ialah Al Majmuk. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang lima kati, yakni kitab fikih yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhius Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun, paling cepat 10 tahun. Takkan Imam Nawawi mengarang 10 tahun untuk kitab itu saja. Sedangkan dia ada kitab-kitab yang lain. Ini berarti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. (lebih…)

Read Full Post »

Nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada tahun 1058 di Tus, Khurasan yang merupakan sebuah propinsi dari Persia (Iran sekarang) dan meninggal pada tahun 1111 dalam usia 53 tahun. Imam Ghazali dikenal sebagai salah seorang ulama Islam terbesar di sepanjang zaman. Beliau pernah menjadi pengajar di Maahad Nizamiyyah di Baghdad (1091-1096) yang merupakan sebuah institusi pendidikan yang tertinggi dan paling berprestasi di zaman keemasan peradaban Islam. Ribuan ulama dari seluruh dunia Islam belajar dan menjadi muridnya di waktu itu. Kedudukan dia begitu mulia, kaya dan dihormati lebih dari seorang pangeran dan pejabat tinggi pemerintahan. Tapi pada satu hari dia tinggalkan semua kemuliaan dan kehormatan itu untuk menjalani kehidupan sebagai orang Allahdan bersuluk di Kubah Masjid Umawi.
(lebih…)

Read Full Post »

%d blogger menyukai ini: